Ada Apa Dengan Kahwin?

By Akira on May 29, 2009

This post has been viewed 640 times

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Sebut pasal kahwin, mesti semua tertanya-tanya, ape kena akira ni tiba-tiba sebut pasal kahwin ni. Dia nak kahwin ke? Tengok kat facebook status da “engaged“. Betul ke? Hahaha. Semua tu adalah rekaan semata-mata untuk post ni. Hanya ingin melihat feedback orang terhadap isu kahwin ini. Minggu ni pun adalah minggu terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah bermula. Adik-adik pun da mula malas nak pergi sekolah. Eh jap, adik siapa? Hahaha. Seperti biasa saya membelek-belek status kawan-kawan di perisian Google Talk dan Yahoo Messenger, dan yang paling menarik minat saya adalah status yang berkaitan dengan perkahwinan.

Ada yang tengah sibuk dengan perkahwinan kakak, perkahwinan abang, perkahwinan hamster dengan tikus putih dan bermacam-macam jenis perkahwinan lagi. Tapi ada je status yang bosan kerana tak tahu nak buat apa. Hehe. Berbalik kepada persoalan kita tadi, ada apa dengan kahwin? Biarlah saya huraikan sikit dengan apa ilmu yang saya ada. Kalau ada salah dan silap bagitahu la ye. Perkahwinan menurut saya adalah upacara ikatan antara dua orang pasangan secara sah dari sisi syarak dengan syarat-syarat tertentu dan saksi-saksi tertentu serta lafaz-lafaz tertentu. Fuh, dengar pun da takut kan? Hahaha. Tetapi percayalah jika semuanya berjalan lancar, insyaALLAH perkahwinan adalah sangat indah.

Hah, sebab cuti sekolah nak dekat ni la punca post ni muncul. Pada 6 jun sahaja, ye 6 jun sahaja, sudah ramai orang membuat majlis perkahwinan. Dah la satu kat selatan, satu kat utara. Nak pergi yang mana satu pun tak tahu. Duduk tengah-tengah la jawabnya T_T . Tapi bagi sesiapa yang telah menjemput tu, insyaALLAH saya akan pergi. Tapi tak janji la, takde roket nak hantar saya. Hahaha.

*Pagi tadi saya telah menjalankan survey secara random di Yahoo Messenger, Google Talk dan juga Facebook dengan bertanyakan soalan “jika diberi pilihan, siapa nak kahwin sekarang??” dan keputusannya agak memberangsangkan. Btw, survey ini dilakukan ke atas pelajar-pelajar universiti dalam lingkungan umur 18-23 tahun. Mari kita selidik apa yang mereka kata.

chart1

[Abaikan warna graf itu - cita rasa masing-masing berbeza] :P

Ok, sekarang kita lihat graf ini. Semua nampak kan? Dari berpuluh-puluh orang yang ditanyakan, majoriti mengatakan mereka nak berkahwin sekarang. Atas sebab apa? Ada je yang kata “kalau gaji berpuluh-puluh ribu, sekarang gak ak kahwin“. Hehe. Apa-apa pun, jawapan-jawapan semua adalah dari hati masing-masing tanpa dipaksa. Yang mengatakan tak nak pula ada alasan-alasan tersendiri. Ada yang mengatakan belum bersedia, mahu belajar dulu, tiada calon yang sesuai dan bermacam-macam lagi. Tetapi manusia memang tidak akan lari dari perkahwinan, jika ditanya pada kanak-kanak yang belum tahu apa itu perkahwinan pun mereka akan menjawab nak. Sememangnya lumrah manusia ingin disayangi dan dikasihi. dan Perkahwinan lah cara yang paling betul di dalam Islam.

Ada soalan bonus ditujukan kepada saya: “tanya orang, tukang tanya bagaimana pula?”

Tidak dapat saya nafikan keinginan untuk disayangi dan menyayangi itu ada. Even sekarang pun ada orang yang saya suka. Tapi sekarang bukan lah masanya lagi. Paling kurang pun, biarlah saya grad dulu. Hehe.

Jika ada apa-apa soalan, segala komen amatlah dialu-alukan.

Akira out~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Popularity: 94% [?]

28 Comments

  • naqiah says:

    nk jwb survey gak!
    pk skali, nak.
    pk dua kali, xnk.
    pk 3 kali, kurang pasti.

    p/s : 6 jun tarikh yg seswai~
    gagagaga

    naqiah’s last blog post..allergic

    • Akira says:

      hahaha… kne pk skali je…. jgn pk byk2 kali… makruh… hoho

      adeyh… nty ak pilih tarikh ak.. biar xd org wt mse tu.. so, sume ley dtg.. hahahahaha

  • AaBa says:

    pikir2… belum mampu pegang tanggungjwb seberat itu…

    • Akira says:

      betul tu abi…. jika kita rasa kita belum mampu, janganlah memandai gatal nak kahwin. banyak faktor perlu diambil kira jika kita mahu berkahwin. ye tak abi? :P
      mungkin abi boleh cerita sedikit sebanyak pengalaman? hehehehhe

  • kAy says:

    saya salah seorg dr 71.43% tu kah? ahaha best2 post nih XP

  • puteri gunung ledang says:

    salam…pk btul2 sblm wat kptsn besar ni……tggungjwb bmula dari saat anda menggengam erat tgn to kadi…so..bsdiakah anda?tpuk dada..tanyalah diri..jgn kahwin sbb t’ikut2 org len2 nnti rmh tangga b’antakan….

    • Akira says:

      salam, betul tu PGL… jangan sebab terikut orang adalah faktor kahwin.
      jika tidak bersedia jangan lah terburu-buru. dan janganlah sebab nafsu semata-mata kahwin.
      Islam menetapkan panduan dan guideline. Ikutlah.. insyaALLAH aman bahagia :)

  • Matin Z says:

    Nabi kate,sape x mampu kawen kne pose =D

    So,jom la kita pelihara nafsu masing2 dgn pose

    • Akira says:

      hah… btul tu matin… dgr tu kawan2.. sape rasa dia x mampu kahwin dan x mampu kawan nafsu…

      marilah berpuasa. bukan sahaja dapat pahala malah kita dapat menghindarkan diri kita dari segala perkara mungkar.. insyaALLAH..

      tnx~ hehe

  • geum JAN DI says:

    hurmmm… stuju2… puase bkn takat dpt phla..dpt slim bdan lg~~~ huhuhuhuhu .papepon.. kawen tuu dpt elakkan maksiat~~ =P

    • Akira says:

      wow… geum JAN DI taw ckp melayu.. ahaha….

      btul tu… puasa banyak kebaikan nya… nanti boleh la tulis pasal puasa pulak.. ramadhan pun tak lama lagi… puasa da abes ganti? :P

      kawen jika mampu.. mampu dari segi fikikal, mental, spiritual dan sebagainya. kahwin bukan sebelah pihak sahaja. ia adalah satu perkongsian.

      thnx ye geum JAN DI… nk blakon ley ajak skali… ahahaha :P

  • half kacak says:

    nice blog! aku admire blog nih.. huhu

    half kacak’s last blog post..Episode 18: The End

  • fain says:

    haha..ak nk kawin..sbb nk ade anak..nk jadi lagi matang..haha

  • oh saya kureng pastila hahaha

  • [...] of all, if you read my last post which is “Ada Apa Dengan Kahwin“, that post catch an interest on everybody. Haha. Ada apa dengan kahwin?? Read it :P I guess [...]

  • lurvy_annie says:

    haha..ade ape ngan kawin? saya pun nak kwin.. lalala
    tapi tunggu la grad dulu.. tunggu da keje.. hehe……
    sesungguhnye lumrah manusia mempunyai cinta thadap pasangan nya.. dari perasaan cinta itu lah akan tbentuk sebuah pkahwinan yg bahagia.. insyaAllah..
    hhehe………..
    ;p

    • Akira says:

      hah… silalah kahwin secepat mungkin…
      tengok tu.. melewat2kan… ish3 :P

      tp ad juga perkahwinan yang membentuk perasaan cinta, komen di situ sikit?

  • Azah says:

    selamat pengantin baru ye tuan tanah…
    hoho…
    apesal gravatar kecik sgt ni…
    x nampak kekacakan wajah2 pengkomen… :)

  • farah says:

    nak komen gak!hak3 :D

    rumete saye kate, kalo orng tu x sedia nak kawen, tp kawen jugak, insyaALLAH.. ALLAH permudahkan jalan tu..kawen kan benda baek.chewaahh…

    btw, saye tergolong dlm kategori 71.43% (gelak2)

    • Akira says:

      hahaha… thanks2…

      ow.. rumet kamu kate ea? btul tu… insyaALLAH… tp niat msti betul la…

      kalau niat xbtul…xle gak? kan? kan? kan?

      ow.. category tu? nty jgn lpe jemput plak ea :P

  • Haizi Haizy Haizatul says:

    best membaca comment2..
    nikah itu indah..insyaALLAH… :)

  • Haizi Haizy Haizatul says:

    insyaALLAH…aki pun same..jgn lupe jemput tau! =)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

Blog Widget by LinkWithin