Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….
Semalam sedang-sedang saya menonton kotak bergambar tv (rasanya tak boleh dipanggil kotak da kot, nipis je my tv.. hehe
), tiba-tiba teringat kisah-kisah di zaman persekolahan rendah saya terutama sekali darjah satu. Kenapa darjah satu? Jom kita imbas kembali..
Bermulanya persekolahan darjah satu saya pada tahun 1996 (kurang pasti sikit tahun ni) di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Nirwana. Bagi cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di sekolah itu terima kasih ye
Masa mula-mula masuk sekolah tu, cuba teka nombor berapa kelas yang saya masuk tu? Nama kelas tu 1 Nilam dan ia adalah kelas terakhir (ni pun tak pasti, maaf ye cikgu kalau salah) Hehe. Masa mula-mula masuk darjah satu tu, rasa tak nak pergi sekolah pun ada. Menangis tu tak pasti
Tapi, nak tak nak kena pergi juga. Nak lari macam mana, masa tu baru darjah satu. Apa-apa pun tak tahu. Ilmu-ilmu “sakit perut tak nak pergi sekolah” belum lagi belajar. Hahaha.
Tandas? Ok, sekarang ni meh kita dengar kisah-kisah darjah satu ku. Macam biasa lah, bagi budak-budak oops murid-murid darjah satu yang baru hendak mengenal alam persekolahan, sememangnya mempunyai banyak kisah-kisah menarik. Kisah pertama yang berlaku masa saya darjah satu adalah berkenaan dengan tandas. Budak darjah satu yang baru masuk alam persekolahan ingin pergi ke tandas dan perlu meminta izin cikgu di hadapan budak-budak lain yang tidak dikenali, cuba anda bayangkan situasi itu. Mesti lah teragak-agak kan? Tapi dengan berbekalkan roti sandwich telur keyakinan dan keberanian, saya berjaya meminta izin dan meneruskan perjalanan ke tandas. malangnya masa tu, agak da terlambat la. Tapi perjalanan masih diteruskan. Sampainya depan tandas… alamak! mana satu tandas lelaki pula ni. Tanpa teragak-agak, saya pun masuk lah salah satu tandas tu. Selesai semuanya, saya keluar dengan perasaan yang bahagia. Ah, hari kemudiannya baru ku tahu tandas yang masuk semalam tu tandas perempuan. Nasib baik tak ada orang masa tu. Hehehe.
Permainan? Masa zaman sekolah rendah dulu, permainan “lawan pemadam” dan “lawan straw” antara permainan-permainan yang saya main dulu. “Tutup botol“, “gasing” dan lain-lain juga dimainkan, tetapi kebarangkalian untuk dirampas adalah tinggi. Hanya 2 tu sahaja yang selamat. Haha. Sape lah yang cipta benda tu? Sangat bijak dan clever. Ah, lagi satu benda yang saya suka beli masa di sekolah rendah adalah besi berani ataupun magnet. Tak tahu la apa yang menarik sangat dengan benda tu. Tapi nak sangat beli. Persoalan tu pun sampai sekarang tak mampu untuk dijawab. Haha. Rakan-rakan kelas darjah satu semua nya gile-gile; ada yang buka seluar dalam kelas la, angkat/tengok dalam skirt budak perempuan, dan bermacam-macam lagi. Haish, kawan…kawan…..
Perempuan? Masa darjah satu adalah seorang budak perempuan ni yang ku kenal. Ketika itu, waktu sedang hujan lebat, kilat sambar menyambar, angin bukan lagi sepoi-sepoi bahasa, da tak paham bahasa da pun, suasana sangat sejuk, muram. Suara cikgu yang mengajar di hadapan sudah tidak kedengaran. Dalam hatiku hanya memikirkan “balik…balik…”. Dalam masa-masa hujan tu, tiba-tiba perempuan yang duduk sebelah ku menghulurkan sebotol air sejuk yang baru diminumnya itu. “Nota: Dulu, bila nak bawa air sejuk, botol air di letakkan dalam freezer. Masa nak pergi sekolah tu bawa, confirm tak dapat minum terus tp bila dapat minum tu nikmatnye di waktu panas pula tu.” Ok2, cerita tadi. Selepas dia offer air itu, saya memandang ke arahnya dengan mengucapkan terima kasih. Di situ bermulalah segalanya. Perasaan suka kanak-kanak ribena mula timbul. Sejak dari itu, kami selalu bermain bersama-sama di waktu petang. Nama dia Syarifah Fatinah. Dia tinggal di sebelah lorong kawasan perumahan ku sahaja. Persahabatan kami kekal sampai ke darjah 2 sahaja kerana darjah 3 tidak sama kelas. Walaupun begitu, bila difikirkan kembali lawak pun ada. Haha. Menulis perkataan <nama> love <nama> dengan simbol love di atas buku sekolah, semua itu sangat lah monyet. Sama lah macam monyet tak tahu apa itu cinta. Saya terus terputus hubungan apabila darjah 4 5 saya berpindah ke sekolah lain + PTS. Dan perbezaan darjah menyebabkan semuanya hilang begitu sahaja. Rasanya itulah kisah suka saya yang pertama pada seorang perempuan. Lawak2… haha.
Tertinggal bas? Rasanya banyak kali saya pernah ketinggalan dek bas yang tak sabar-sabar tu. Masa tu waktu hujan juga (eh, ke hari yang sama? Haha). Saya masa tu tunggu di dalam kawasan sekolah, bajet bas masuk dalam la.. Baju hujan yang dibelikan oleh ayah tidak dipakai kerana malu. Adeyh. Lama juga ku tunggu di dalam kawasan sekolah sampaikan hujan pun hampir reda. Masa itu, saya mulalah tercari-cari kenderaan pulang saya itu. Tiada!! Huhuhu. Menangis juga saya masa itu. Mujur ada satu cikgu yang hendak pulang bertanya pada saya dan menumpangkan saya pulang, kalau tak, tak tahu la… Motor cikgu tu smart gak. Haha. Sejak dari hari itu, saya tidak pernah lagi ketinggalan bas sekolah. Hujan tak hujan, diredah saja. Perasaan main hujan tu sangat lah best. Terutama yang perempuan… eh..tak payah cerita kot yang ni. Semua orang faham.. Haha.
Bila difikirkan balik kisah-kisah diwaktu sekolah sangatlah indah. Yang pahit juga mampu ku ketawa bila difikirkan. Semuanya berlalu sangat lah cepat, terasa seperti berlaku semalam. Ceh, tipu sangatlah tu. Oleh itu, terimalah serangkap kata-kata yang diambil dari cerita Kungfu Panda ini.
Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That’s why it is called present
Akira out~~
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
p/s: sometimes when you feel lonely not because you’re alone but your heart is
Popularity: 61% [?]

terkenang zaman aku sekolah gak kat skj, huhuhuhuhuhu. Wish ada portal yang boleh bawak balik ke tahun 1995, hahahahaha………
hehe… zaman persekolahan sgt seronok bila difikirkan balik… klu ad portal, rsenye semua orang nk pergi zaman kanak2 balik…
oh, btul la darjah 1 ak 1996 ea? hehehe… ingt salah
kecik2 pon dh kenal cintan..
hoho…
dh besar ni tah brp monyet dh terhasil..
hoho…
hahahaha…. xbyk pn monyet2 yg terhasil….
da besar jd baek….
hahaha
really?
biasanya kalo kecik2 dh pandai..
bila besar mesti expert..
hoho…
oops…
expert tak semestinya byk monyet terhasil…
hehehe
wah!!!xcited dow aku bace..
aku nak curi style citer ko??
nak post kat blog..huhuhu~
azrul’s last blog post..katun2 yang comel~
ahaha… silakan…. nk letak nme ak skali pn xpe
ko x try google ke nama Syarifah Fatinah. search kat image. phtu off safesearch. hahahahaha
ubey’s last blog post..Tak Perlu Takut
ahahaha…xd keje la… klu search pn ak xtaw rupe dia da besar cne.. padahal sebelah lorong je.. ble2 ley jenguk =p
weh,
aku pun 1 nilam gak dlu. kite stu kelas ke? hahah.
smbg cte dgn tag itu ye~ ngeh2
naqiah’s last blog post..tag : 25
hahah…. satu nilam ko sekolah lain… ces…
ok2.. nty ak buat…. bru bgn ni.. ahahah
sedey beb bace entri ni. teringat kisah kau ye tu. tp da hilang. huhuu
huhu… teringat ke? x kot…. huhuhu….
saya pon ade cite..tapi xde la byk yg ingat.. masa tuh xmo masuk kelas sbb merajuk akak sy pg potong rambut sy pendek2.. saya nyorok blakang pintu xmo kwn2 tgok sy rmbut pendek.. hehe .. masa tuh kecik2 lagi.. xreti pape pon.. utk blog ni.. saya cdgkan utk mr akira buat blog cerita zaman sekolah.. ok x? hee
huhu….. ni kes segan la ni ea…. biasa la tu… mse tu masih kanak-kanak ribena lg…
eh…skang bkn masih ke?
buat blog cerita zaman sekolah? boleh je… nty dipikir2kan… kne ad byk penulis la.. bru best sket…
darjah satu – sampai from 4 aku sekolah pempuan hahahaha bangga siot
hoho… dari darjah 1? menarik….
huhu..skrg ye lagi ke? ade ciket2 je.. hehe.. kalo bole wat la cite sekolah menengah smpai cite masuk utp skali.. =P ~ rasa cm nak wat blog baru lagi..=)
dr sek men smpi msuk utp? huhuhu…. xle2… invasion of privacy….