Sekolah Agama Patut Diwajibkan!

By Akira on June 15, 2009

This post has been viewed 417 times

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

<post kali ini menyentuh terhadap isu rakyat Malaysia Islam.. maaf jika tersalah kata>

Sekarang ni Malaysia sedang sibuk dengan pelbagai masalah dan perbincangan. Antaranya adalah kes H1N1 yang sedang melanda dunia, Bahasa Inggeris wajib lulus untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan macam-macam lagi. Sememangnya bahasa inggeris sangat penting pada waktu sekarang, dengan teknologi yang semakin pesat membangun, bangunan-bangunan yang sedang asyik mencakar-cakar langit (patut makin panas.. haha), bahasa inggeris patut diwajibkan lulus dalam SPM. Bukannya untuk membebankan pelajar tetapi supaya pelajar-pelajar bersedia di masa hadapan. Ok, saya bukannya nak menulis pasal bahasa inggeris ini tetapi pasal tajuk di atas tu.

Sekolah agama selalunya adalah sekolah yang berasingan dari sekolah biasa tetapi dilakukan pada hari yang sama.

Tetapi kenapa diasingkan? Itu saya tak dapat nak jawab lagi. Yang saya tahu ia adalah sekolah yang difokuskan pada subjek-subjek agama sahaja.

Apa beza dengan Pendidikan Islam? Pendidikan Islam hanya diajar secara general/umum sahaja, tidak dikhususkan secara mendalam.

Tujuan saya menulis mengenai ini kerana sekarang ini saya lihat segelintir ibu bapa sudah jarang menghantar anak mereka ke sekolah agama. Bukan kerana tiada wang untuk membiayai tetapi kerana ingin memfokuskan terhadap sekolah harian yang mengajar subjek-subjek teras yang diperlukan dalam sijil untuk memasuki mana-mana institusi-institusi tinggi. Tetapi ada juga ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka kerana anak mereka penat belajar di sekolah dan ditambah pula dengan sekolah agama. Ya saya tahu mungkin akan penat sedikit tetapi berbaloilah dengan ilmu yang diperolehi. Cuba anda fikirkan, kita hidup di dunia hanyalah sementara sahaja dan di akhirat nanti hari pengakhiran kita semua. Semua ilmu penting tapi ilmu mana yang lebih penting?

Saya tidak dapat nafikan di sekolah harian yang diwajibkan kerajaan Malaysia juga mengajar ilmu Pendidikan Islam yang cukup theoretically. Tapi sejauh mana pastikah ilmu Pendidikan Islam yang diajar kepada pelajar-pelajar dipraktikkan? Saya pernah lihat pada waktu solat jumaat, ramai pelajar-pelajar rendah yang hadir ke solat jumaat, tetapi mereka bergurau senda sesama mereka dan membuat bising di belakang sewaktu khutbah dibacakan. Adakah mereka hadir kerana terpaksa? kerana Wajib? Benarkah mereka tahu makna sebenarnya wajib itu? Ini tidak termasuk mereka yang tidak hadir ke solat jumaat lagi. Alasan-alasan yang diberikan kadang-kadang hanyalah sekadar alasan.

Isu pelajar terlanjur, kes buang anak, berkhalwat dan bermacam-macam lagi sering kedengaran. Yang paling menyedihkan apabila ia melibatkan remaja Islam kita. Kenapa benda ini boleh terjadi? Islam telah menetapkan hukum dan panduan untuk semua umatnya. Tetapi perkara-perkara seperti ini masih terjadi. Di mana ilmu pendidikan Islam yang diajar disekolah. Kadang-kadang bukan salah cikgu disekolah yang tidak mengajar tetapi salah pelajar itu sendiri. Ibu bapa juga perlu menjaga anak mereka sendiri, bukan hanya melepaskan semuanya pada cikgu. Cikgu hanya mengajar dan menurunkan ilmu, ibu bapa perlu memantau dan mengawal anak-anak mereka.

Saya tidak berani menulis secara mendalam terhadap syarat-syarat mahupun hukum-hukum kerana saya hanyalah memberikan pendapat. Hanya ingin memberikan pembaca berfikir sejenak, kita Malaysia dikatakan sebuah negara Islam tetapi tidak menjalankan undang-undang Islam secara menyeluruh. Fikir-fikirkanlah di masa akan datang bagaimanakah remaja-remada dan negara kita Malaysia. Saya menulis ini bukan sahaja memberikan pendapat malah memberikan peringatan kepada diri saya sendiri.

Sebarang komen dan kritik amatlah dialu-alukan…

Akira out~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

p/s: minum air dengan banyak, makan makanan berkhasiat dan elakkan kawasan yang dipenuhi orang.

Popularity: 47% [?]

16 Comments

  • naqiah says:

    hm, tu la.
    mulut kata islam.
    hati blum tentu lg.
    naqiah´s last blog ..el nino My ComLuv Profile

  • Azah says:

    aku x nafikan..
    isu ni mmg org wat dek je..
    x amek tau.. x amek kesah..
    bwk kuar post cam gini pon mybe rmai yg x minat nk baca..
    tulaa manusia skrg dh rosak..
    tgk kt media sniri..
    isu agama dan isu yg diutarakan oleh media diasingkan..
    seolah2 dua tu benda yg berbeza..
    tgk pemimpin kerajaan sniri, x tekan pon ttg kewajipan kita sbg umat islam..
    yg dorang tau.. nak negara maju.. setanding ngan negara luar…
    bila negara maju, automatik rakyat jd ‘tak bertamadun’..
    nak wajinkan Subjek Agama? Aku confirm ramai yg protes… tak protes terang-terangan pon, mesti protes jugak dalam hati…
    sedih bila dunia skrg macam ni..
    akhirat dah dekat…
    sama2 lah tambahkan amal…
    ~nice post.. hehe…

    • Akira says:

      i’m so agree with u…. isu agama n yg lain2 diasingkan…
      tgk la.. mahkamah kita pn diasingkan civil dan syariah..
      kerajaan kita semakin hari semakin korup.
      pasal wajibkan tu… mg ramai orang akan protes.. atau yang tak protes pn, mereka xamek kesah langsung… hmm.. mg sedey ble pkirkan,….
      thnx btw..

      p/s: da pakai gmail nmpk…. hehe

  • Z[A]KY says:

    “kerajaan kita semakin hari semakin korup…”
    i’m agree with dat..
    bende ni sume org dah nampk..yg nmpk rmi, yg buat2 xnmpk pun rmi..huhuhu..
    lagipun kalo nk wjibkan sbjek agama mcm syariah & quran sunnah, rasa2 memg rmi yg akan melenting..
    lbih2 lg pd golongan yg lbih pntingkan hal2 duniawi berbndg akhirat..
    memg diorg xkan stuju..
    biasa r umat akhir zaman lah katakan….ni pd pndgn aku lar..

    tmbhan pula, kebnykan remaja skang bkn amek kesah psl ilmu agma pun.
    sbb tu rmi kbnykan remaja lbih suka blajr d skolah harian biasa brbndg sklah agama..
    tp bukn sume remaja la..kebnykan jer..hehehe..jgn ada yg marh plak yer..

    ada plak, bdk skolh agama diperlekehkan oleh bdk2 yg len..
    hal ni trjdi pd aku sndri tau…huhu..sedey je pkir2 blik..apsl bdk2 zmn skrang ni…huhu
    tgur ke xtgur ke, same gak..msuk telinga kiri kuar telinga kanan..hahaha..
    so pandai2 la msg2 nk berfkir..

    • Akira says:

      betul.. golongan yang pentingkan hal duniawi mg tak setuju atau tak amek kesah pun.
      kalau kate tak islam pn melenting gak. kita bersama-sama berdoa je la klu nasihat pun tak jalan da…

      remaja sekarang hidup semakin senang lenang, kemewahan semua ada. ap yang diminta.. semua ditunaikan.. mereka rasa hidup mereka sudah lengkap… mereka tak rasa diri mereka perlu bergantung padaNYA.. tgk d KL saje da taw mcm mana remaja2 kita sekarang… masyaALLAH…

      pasal diperlekehkan ni tak pernah terjadi kat ak… tapi mg sedih bila difikirkan…

      thx 4 da comment…

  • fain says:

    skola mane2 pn yg pnting hati kita + ilmu kita trhdp islam tu teguh..ade je dak skola agama da free hair (true story)..

    • Akira says:

      betul…. sekolah mne2 pn xkesah…. tp dr mne dia nk dpt ilmu islam yang teguh tu?
      bukan semua org mampu dapat ilmu yg teguh mcm tu je…. klu sekolah dia menyediakan or parents dia menyediakn xpe la…. what if yg xd siapa yg sediakan?

      yg sekolah agama yg free hair tu mg ade je…. xyah ckp la..rmai je… even my school pn ad… xtaw nk ckp ap…. myb dorg x ikhlas mne menuntut ilmu tu…. dipaksa ke sekolah agama….. nk salahkan sekolah tak boleh jgk… sme2 la kte berdoa supaya mereka2 ni sedar……

      thnx 4 da comment~

  • ubey says:

    makin hari, kerajaan nak sekularkan sekolah2 hingga jatuh ke tahap sekolah harian. bg aku sekolah agama adalah alternatif terbaik bg yg x dpt tempat sekolah asrama penuh. malah sekolah agama lagi bagus. latest kan gov benarkan sekolah agama 11 mata pelajaran until 2010 sahaja. x ptt gune alasan utk menyekat potensi. sbb mmg umum. subjek agama mostly based on advanced reading and understanding. bkn teknikal seperti sains n math. so makin byk membaca makin paham. makin byk subjek agama, tidak mengganggu reputasi pelajar kot. x caye tye aki. haha. top student sejak skola lg kan
    ubey´s last blog ..Kemusnahan Hidup. Kejatuhan Total. My ComLuv Profile

    • Akira says:

      ubey.. btul.. ak stuju ap yg ko ckp… kerajaan dengan kepentingan mereka, orang lain jadi mangsa. serious not fair klu dia limit mata pelajaran. at least consider la sekolah agama. ni smpi 2010 je.

      top student? ahahah… xd la… alhamdulillah …. :P

  • [A][Y][A] says:

    (angkt tgn) Nk nyampuk leh…
    hehehehe…

    act kalau nak dinilai term ’sekolah agama’ tu adalah spesifik… dan yg umumnya adalah ‘agama’ tu sendiri dan of coz la Agama ISLAM…

    kekadang tak faham kenapa orang kafir ni selalu mencari jalan untuk menghapuskan agama kite sejak dari dulu kala lagi… tu da zahir la kan coz berbezaan atau sebagainya… yang lagi tak paham tu orang ISLAM sendiri pun dan menjatuhkan ISLAM… mgkin sebab nk tutup silap sendiri so tuntutan ISLAM tu diabaikan… atau rekaan sebab2 yang mereka sahaja yang tau…

    pape pn..main point kt sini… sekolah agama is da best dat i ever have… padahal ni je sekolah menengah yang aku ade…. hohoho…=)

    peace no war…jaa ne…

    • Akira says:

      biasa lah tu aya (name manje ea? haha.. ley panggil cm2)
      kadang bkn sbb perbezaan ataupn sebab mereka sahaja yang tahu.. mereka juga percaya dengan kepercayaan mereka sendiri.. mereka boleh rasa tergugat. mereka juga ingin mempertahankn kepercayaan mereka. banyaknya mereka dlm comment ni.. hahahha

      yup.. sekolah agama is the best… bkn sbb nme sekolah atau facilities tapi sbb ilmu yang dipelajari. kita mungkin turn up jadi bukan apa yang kita jadi sekarang kalau kita tak di sekolah agama itu… wallahualam..

      ( patut cm knl spe pengomen ni…. “jaa ne” merungkai segala-galanya…. )

      thnx =)

  • lurvy.anne says:

    erm.. xtaw saya nak komen ape,,tapi saya ske sekolah agama walau tidak bersekolah di sekolah agama..
    walaupun saya belajar di sekolah harian biasa, namun saya tetap ske belajar bahasa arab,or mengikuti pelajaran agama.. kite insan xseperfect yg disangka.. dalam isu ini xdapat dinafikan sekolah agama telah byk ditindas potensinya utk mengembangkan sayapnye di negara malaysia. apakah ade isu politik di dalam pgajian agama yg membuatkan kerajaan meminggirkannya? sama2 kita fikirkan.. ~ berkongsi persepsi sahaja
    di sini.. CHAoz~

  • [...] terangkan sekarang. Pada kAy yang tanya bila nak update blog, dah update dah pun. Huhu. Sila liha entri yang sebelum [...]

  • boljack says:

    hye aki…saje je nk menyibok kt sini…hehe…..

    bagi aku la, mayb ramai parent yg xnk anta anak derang ke sekolah agama sbb byk gak cerita kurang enak dari sekolah agama mcm kes buli yg penah menggegarkan satu m’sia dahulu. bak kata old old people, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.namun itu tidak boleh dijadikan alasan mengapa tidak mahu menghantar anak2 ke sekolah agama. Dan sekolah agama itu sendiri juga harus mengambl inisiatif utk menarik minat ibu bapa serta pelajar seperti menaikkan taraf mereka sebagai sekolah bestari serta menyediakan fasiliti2 sempurna seperti sekolah2 top di m’sia. papepun bg ak, blaja kt sekolah agama ke, sekolah pondok ke, masjid ke, madrasah ke, kalau diri sendiri xberubah pun tarak guna woah…ok chow lok!

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

Blog Widget by LinkWithin