Update-up-to-date

By Akira on June 19, 2009

This post has been viewed 244 times

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Rasanya agak lama sudah saya tidak menulis pasal diri sendiri kat blog ni. Hehe. Kenape ye? Tak ada apa pun, saje malas menulis pasal diri sendiri, nanti orang malas nak baca pulak asyik pasal personal je. Tapi hari ni nak tulis juga, so what~ it’s my blog. Haha. Hari ni sudah hampir sebulan cuti semester saya, tinggal sebulan lagi sebelum semester baru buka. Sebulan yang berlalu buat apa? Hahaha. Macam-macam tak buat :P Plan hanya tinggal plan. Tapi yang pasti saya secara tak rasminya menjadi personal chauffeur. Agak-agak boleh masuk resume tak? Hahaha.

Cuti kali ni tidak la berholiday sakan kerana sebab-sebab tertentu. Mood saya juga pun bukan mood nak bersuka ria sangat, terasa nk kosongkan fikiran tapi ada saja yang nak difikirkan. Kosong-kosong pun adalah keluar rumah juga. Saya pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan di Melaka, bermain ice-skating di Sunway Pyramid tapi tidak terasa terhibur, makan di Subway dan Teppanyaki tapi tidak terasa nak makan pun, membeli belah di Isetan, berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, mengambil gambar-gambar yang tak rasa menarik pun, bermain dengan rubik’s cube tapi tak pandai-pandai jugak. Susah betul kalau hidup penuh dengan “tapi” ni.

Entri ini sepatutnya dipublish pada 17 Jun kalau tak silap saya. Rasanya kat permalink ada tulis tarikh dia. Tapi terasa sangat malas ingin menulis. Fikiran terlalu berserabut, tapi hati terasa sangat tenang. How come? Tidak lama lagi, saya akan menziarahi Prince Court Medical Centre. Kerana apa? Nantikan sahaja entri pasal ini nanti. Ye betul, saya malas nak terangkan sekarang. Pada kAy yang tanya bila nak update blog, dah update dah pun. Huhu. Sila liha entri yang sebelum ini.

Sekarang ni, hampir setiap malam mimpi-mimpi saya watak macam tak berubah je. Macam series plak. Kadang-kadang best, kadang-kadang mengarut. Ok, saya da mengarut da ni.

Wabak Influenza A H1N1 semakin berleluasa di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. Kerajaan Malaysia telah meletakkan influenza A H1N1 di tahap yang sangat serious, di mana anda dapat lihat di KLIA, doktor-doktor, jururawat-jururawat bertungkus lumus untuk memastikan rakyat Malaysia bebas H1N1. Malah kerajaan juga telah menyatakan bahawa semua yang memasuki Malaysia hendaklah mengisi borang pengisytiharan kemerdekaan kesihatan. Dan ia adalah wajib! Sesiapa yang memalsukan boleh dikenakan hukuman dan denda. So sesiapa yang travel tu, kalau nak bawa balik pistol ke dadah ke takpe la, tapi kalau boleh tak payah la bawa H1N1 sekali. Semoga semua rakan-rakanku yang travel dan keluarga-keluarga mereka terlindung dari H1N1 ini. InsyaALLAH.

Sepatutnya entri ini pendek dan ringkas tapi nampaknya dah membiak perkataan-perkataan semua, macam virus. Hari tu (seminggu lepas) saya terlihat budak ni, saya sangat suka pada dia. Tapi saya malu. Anyone boleh tolong usya kan dia untuk saya? Ni dia… (jangan tekan kalau taknak tolong) :P

Saya tahu pada waktu cuti ni ramai yang tidak tahu hendak buat apa. Pada siapa-siapa yang rasa-rasa rumah dia ada internet connection tu, marilah kita mensemarakkan facebook (ya, sila add saya =) atau yang tak ada tu, check-check la mana tahu jiran-jiran anda baru subcribe screamyx + wireless modem + no security, at least dapat guna internet kejap before jiran anda tahu menggunakan WEP atau WPA :P

Pada siapa yang malas nak bukak facebook tak ape, eh bukan saya nk offer friendster or myspace tapi kalau nak cari sendiri la. Saya malas nak tulis. Ah, kalau siapa yang malas tu boleh join saya di Twitter ataupun Plurk. *ye, saya update link fs & ms tu. rajin!*

Ni ada gamba-gamba sikit untuk tatapan umum. I was there. Sape berjaya teka di mana itu semua? :)

DSC_2538 DSC_2014 DSC_2581 DSC_2300

Apa lagi ea? Hmm.. lain kali la pula. tata~

Akira out~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

p/s: can anybody suggest what to write in this blog? T_T

Popularity: 21% [?]

8 Comments

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

Blog Widget by LinkWithin