Hadiah Seorang Kekasih

By Akira on June 22, 2009

This post has been viewed 378 times

10 darjah celcius. Cuaca pada hari itu sungguh dingin sekali. Dedaunan-dedaunan yang gugur dari  pohon berdekatan terbang bebas. Kehalusan hembusan bayu yang bertiup pada hari itu sungguh menusuk kalbu. Pemanas elektrik yang dipasang menghangati kawasan ruang tamu “turquoise villa” milik keluarganya. Daniel masih lagi berselimut di atas tilam Simmons Beautyrest nya. Butang snooze ditekannya beberapa kali.  Jam sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi. Tiada tanda menunjukkan Daniel akan bangun. Biarpun hari Sabtu, Selasa ataupun Jumaat, Daniel tidak mengendahkan langsung kuliahnya yang akan bermula kurang dari 50 minit lagi.

Daniel merupakan anak tunggal. Dia dibesarkan dengan semua kemewahan dunia. Ayahnya memiliki syarikat yang diurusnya sendiri. Ibunya pula seorang pakar neurologist di salah satu hospital ternama di bandar itu. Mereka masing-masing sibuk dengan tugasan harian mereka. Pada hujung minggu sahaja kemungkinan Daniel baru ketemu dengan kedua orang tuanya, itu pun jika Daniel masih di rumah. Daniel yang lebih gemar menghabiskan masanya di luar itu sangat diketahui ramai. Bukan sahaja keluarganya malah pensyarah-pensyarah mahupun rakan kuliahnya itu sudah masak dengan perangai Daniel yang tidak pernah ambil peduli dengan persekitarannya. Dunia bagai dia yang punya.

“Ring……. Ring………. Ring……..”

Telefonnya berbunyi, terpapar nama Alyssa di skrin telefonnya.

Hello Daniel, where are you?”

Kedengaran suara yang agak lunak tetapi manja di telefonnya. Daniel yang mencapai telefonnya lalu mengangkat tanpa melihat siapa memanggil menjawab tanpa berfikir.

“Who’s this?”

It’s me la Alyssa! Ape la you ni. Where are you? You’re supposed to be here 2 hours ago

“Oh, sorry. I’m not feeling well tadi. Got light headache”

You ni memang tak habis-habis dengan alasan not well you tu. Come on, buy me lunch. You promised remember

“Can’t it be tomorrow or later? I’m really not in the mood right now”

Ok, whatever la Daniel

Alyssa memutuskan talian. Alyssa yang merupakan pelajar tahun ketiga di University of Adelaide juga adalah kawan pertama Daniel sejak dia menjejakkan kakinya di rantau orang. Daniel berhijrah ke Adelaide selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nya dia Malaysia. Disebabkan syarikat kepunyaan ayahnya bertapak di sana memaksa dia mengikut sama. Lain pula Alyssa yang sememangnya dibesarkan di sana. Keluarga Alyssa dan Keluarga Daniel saling kenal mengenali antara satu sama lain kerana ayah Alyssa merupakan client ayah Daniel.

Daniel menyiapkan dirinya untuk keluar. Minyak wangi DKNY Red Delicious disemburnya beberapa kali. Tanpa menyentuh makanan yang telah tersedia, dia terus berlalu keluar dari villa tersebut. Bunyi enjin Ford Focus RS nya yang kuat semakin menghilang apabila kereta yang dipandu Daniel itu berlalu pergi. Kereta yang dipandunya itu dibawa selaju mungkin, had laju tidak pernah dipatuhinya. Walaupun telah dikenakan saman beberapa kali, Daniel tidak pernah serik. Daniel memberhentikan kereta di hadapan Restoren yang selalu disinggahnya itu. Kelihatan Alyssa di situ. Alyssa yang terlihat kelibat Daniel cepat-cepat berkejar ke arah kereta Ford yang berwarna putih itu.

“Hah, tadi you cakap you’re not feeling well. So, whatcha doing outside ni?”

“I saja keluar ambil angin, I can die of boredom if I stay kat villa tu”

“Come, I just getting started there”

“I think I find some place elsewhere”

“What’s wrong with you Daniel? Lately ni I tengok you asyik muram je, you pun try lari from I. Where’s the happy go lucky Daniel yang I kenal dulu?

“I’m not running from you and FYI i’m ok…”

“See… when I started talking bout that, you said I’m ok.., I’m fine..”

“So, what’s your point here? Please la, mind your own business!”

“…………”

Daniel berlalu pergi begitu sahaja. Alyssa hanya berdiri kaku di situ. Tiada apa yang mampu dia lakukannya. Sikap Daniel yang berubah sejak akhir-akhir ini merunsingkannya. Alyssa yang sebenarnya menaruh perasaan pada jejaka itu tidak pernah diendahkannya. Malah semua perempuan yang cuba untuk menarik perhatian Daniel, tiada satu pun yang berjaya. Daniel seolah tidak perasan akan kehadiran mereka semua itu. Kenapakah dia bersikap sedemikian?

to be continued…

<tak terasa nak sambung pn… but if ad request.. i try… just rse nk write sumthing je ni>

Akira out~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

p/s: hati manusia tidak pernah setuju 100% dengan kata-kata dari mulut

Popularity: 29% [?]

12 Comments

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

Blog Widget by LinkWithin