Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Rasa-rasa ada orang baca tak blog ni lagi? update pun nak tak nak. Haha. Kalau yang ada baca tu terima kasih la ye. Kadang-kadang tu bukan tak nak update tapi bila rasa perlu update, masa tu la tak tahu nak tulis apa. Then, bila ade benda nak tulis masa tu la komputer kena H1N1 la, internet macam siput dah kena pijak la, tiba-tiba busy semacam la (busy ke? Hehe). Haish, macam-macam. Sama macam perangai manusia yang macam-macam kaler (warna).
Pagi-pagi ni sahaja telah membuatkan perasaan negatif yang dipenuhi aura-aura negatif, jahat dan sebagainya muncul. Sepatutnya pagi-pagi ini diceriakan dengan gelak ketawa yang positif, senyum yang dinamik dan suasana yang harmoni. Tapi ragam manusia lain yang mengubahnya. Ya betul, anda mampu mengubahnya.
Sebelum saya tulis lebih lanjut, apa yang berlaku ini bukanlah saya tidak pernah lakukan tapi kurang malah tidak suka pun melakukannya. Mungkin kelemahan saya sebagai manusia yang sering alpa dan lalai membuatkan saya terlakukannya.
Semasa saya menghantar adik saya pergi ke sekolah pagi tadi dengan menaiki ferrari merah yang comel, dibawa dengan sangat cermat tidak lebih 60km/h, tiba-tiba kereta depan saya yang membawa dengan halaju yang lebih kurang sama membrek dan masuk ke simpangnya. Kalau nak masuk simpang pun bagi la signal. Jangan lah masuk macam tu. Kalau berlanggar kan susah, mulalah salah menyalahkan sesama sendiri. Nasib baik masa tu mood masih mampu tersenyum. <tapi da flash2 da pun> Nota: Saya tidak suka menggunakan hon. Lampu lebih menarik. Dengan selingan lagu Da Bomb di background.
Dalam perjalanan lagi adalah makhluk lain, manusia kot, ikut suka hati dia je berhenti kat tepi jalan yang tengah sesak dengan kereta yang lalu lalang (tak ada lalang pun). Bukan apa, lane ada dua, kalau da mamat tu berhenti kat situ, tak ke “pandai” mamat tu. Ingat dia punya jalan ke?
Saya rasa saya tulis dalam bentuk point lagi ringkas kot, tak la mengarut sangat.
~~~~~~
Ragam-ragam manusia yang saya tak suka never ever forever (on-the-road).
- Masuk simpang tak bagi signal atau lambat memberi signal (tak ke membuatkan orang menunggu, ingatkan kamu nak pergi terus, tapi masuk gak simpang, bagi signal kt bf/gf pandai la pulak)
- Berhenti kereta di tepi jalan atau ungkapan yang lebih sesuai di tengah jalan (parking banyak la, kalau nak cepat pun fikir la orang lain jugak. Kalau nak suruh langgar cakap la, tak payah bagi-bagi hint, direct je cakap)
- Kotak yang berwarna kuning dia atas jalan raya bukanlah tempat untuk berhenti ye. (sebab itu la wujud kotak tu. bukan nak suruh berhenti. Bila kamu berhenti di situ, kan susah orang nak keluar masuk. Lagi rasa geram bila yang makhluk yang berhenti tu buat muka tak bersalah macam tengah parking nak beli telur 5 biji. Sabar je la)
- Pemandu motorsikal yang perasan macam dia tengah bawa kereta. (Besar sangat ke motor tu bang, da tahu awak tu motor, act like one. Lebih panas kalau ada 2-3 motor di hadapan anda sebelah menyebelah membawa dengan slow sambil berborak, bergelak ketawa.) Rasa nak langgar tak?
- Kenderaan yang memotong di highway Utara-Selatan-Timur-Barat dan kemudiannya masuk di lane anda dan memperlahankan kenderaannya. (Bukan tujuan asal memotong untuk pergi lebih jauh laju ke? Lebih memberikan impak maksima apabila anda potong kembali, kenderaan itu membuat begitu kembali) Pada masa tu, bye2 180km/h la jawabnya…
- Lampu signal kenderaan yang berwarna bukan warna yang sepatutnya. Lebih memeningkan otak apabila lampu headlight/taillight pun warna sama dengan signal. (Memang pandai la kamu-kamu yang buat macam ni, nak kata “pandai” memang pandai pun. Kalau marah nanti mula la naik angin) Tak faham betul la..
- Yang menganggap kenderaan mereka terutama kereta adalah monster truck yang tak cukup jalan guna satu lane. Besar sangat ke kereta? Yang lebih menyedihkan apabila kenderaan yang membuat begitu adalah kereta kancil. Mungkin mereka tak cukup kasih sayang kot.
- Erm… tiba-tiba hilang satu point pula… Siapa-siapa yang rasa nak tambah tu, silakan… =) Tiba-tiba ada orang masuk simpang sedangkan itu jalan kita dimana kita tengah straight. Kalo macam tu memang eksiden la jawabnya mcm terjadi kat saudara shafiq. [idea from shafiq]
- Orang yang melakukan mana-mana perkara di atas ni kerana sedang menjawab telefon. Handsfree kan ada, kereta da mahal handsfree takkan tak boleh beli kot. Kalau calling drive pun ok tak apa la… [idea from azrul]
~~~~~~
Itu sahaja Top 8 9 yang saya paling tak gemar (on-the-road). Lepas ni saya buat Ragam-ragam di tempat lain pulak. InsyaALLAH.
Akira out~~
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
p/s: Adakah mencarut sudah menjadi kebiasaan manusia? Budak sekolah rendah pun sudah pandai menggunakan perkataan-perkataan F.
Popularity: 16% [?]

hampir kesemua pernah terjadi kat aku sendiri.. n pernah juga terbuat satu tu.. (nak masuk simpang tak bgi signal.. bukan apa, tak tahu jalan)…
aku suka point number 5..

beliamuda´s last blog ..Mesti Baca UTPian: Maklumat berkenaan keputusan peperiksaan Jan 09
klu tak tahu jln tu ley la dimaafkan… tp kdg2 tu yg taw jln n duk kwsan situ… dia wt cm kawasan kampung dia je.. hahaha
no 5 tu selalu buat.. hehehehe
Nak tambah. Tiba-tiba ad org msuk simpang sedangkan 2 jlan kita dimana kita tengah straight. Kalo cam2 mmng eksiden la jawabnya mcm terjadi kat aku.
kay shafiQ´s last blog ..Yahudi, Yahudi dan suma Yahudi
oh? ak xtulis lg ea? ok.. masuk list.. hehe
biler dah masuk lane kiri, tuk slow tuh..dye memang memanfaatkan lane tuh…
bawak slow giler babi…kalo slow giler babi sebab kete x per..
kadang2..bmw, tapi borak ngan enset..lagi2 kalo ade 2 lane jer..
siot tul!!~
azrul´s last blog ..dua haribulan julai dua kosong2 sembilan
oi2… mind ur languange..
babi xd sini….
ko bru bg idea…. org yg drive slow… xbg signal sbb ngah calling… ak xske.. hahha
biasa la tu, kalau tak bukannya manusia namanya, huhuhuhu. Kat India ni aki, driver semuanya giler2, lagi giler dari driver Malaysia, dan hon2 tu wajib la kat sini, sampai aku pun dah jadik tak alert kalau orang tak hon, huhuhuhu. Sabar je la yer, huhuhuhu.
~Happy always~