Sejarah Permulaan Kita Menyebut “iPhone”
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Ingatkah kita kembali bilakah kali pertama kita menyebut perkataan “iPhone“? Sebelum ini hanyalah menyebut perkataan 3310, N-Gage, “Sabun”, “Daun”, Communicator, Sony dan pelbagai lagi. Kini semuanya “iPhone“, “Blackberry”, “HTC”.
iPhone muncul pada tahun 2007 membawa revolusi pada dunia telefon bimbit. Dari skrin sesentuhnya yang menarik, bentuk yang seksi serta aplikasi-aplikasinya yang mantap. Kemunculan iPhone semestinya memberikan impak pada dunia. Grafik dibawah dari Mashable mempamerkan sejarah iPhone dari mula sampai sekarang. Apa kenangan anda sejak memiliki iPhone?






