Apple iOS4 (iPhone OS 4) Walkthrough

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apple iOS4 telah keluar semalam. Dan jika anda bernasib baik anda dapat melihat kemaskini itu di iTunes anda. Akira tidak dapat menulis entri ini dengan lengkap. Harap video di bawah ini memberikan sesuatu kepada anda mengenai Apple iOS4. Selamat menonton

Sumber: Mashable

Lawak: iPhone 4 & iPad Promo Video (Spoofed)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Hari Isnin ini 21 Jun 2010 – iOS4 akan keluar untuk dikemaskini oleh pengguna-pengguna iPhone seluruh dunia. (Kepada yang jailbreak, dinasihatkan supaya jangan mengemaskini lagi iPhone anda kepada iOS4). 24 Jun 2010 pula iPhone 4 akan memulakan langkahnya ke dunia. Memang satu minggu yang menyeronokkkan dan memeningkan. Akira terjumpa video-video lawak yang mengubah skrip asal video iPhone 4 dan iPad promo. Selamat menonton.

Aku, Facebook dan Like (Sarawak)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kinek tok ak bruk jak bait drik demam n saket tekak. Tp sekda suara lak tok. Mok tunggah org pn xboleh. Cmney ku mok polah show tok??? Eh.. Silap.. Presentation.. Lecturer ku dtg jumaat tok utk 2nd visit. Rasanya ku da prepare. Slide jak la lom abes prepare gik.

Facebok nektok pn ku da mls mok update. Gago ngan twitter lak nektok. Mun sapa2 mok carik ku, carik la ku rah twitter. Cnfirm ku ada sia. Hahahaha (sik boleh tetak kuat2, gik sekda suara). Facebook pn ku sik reply sgt.. Mun ada komen n komen nok org berik ya best, ku like jak since nektok ley like org pun komen. Btw, tok aku pun twitter [twitter.com/xhackerz]

Facebook for iPhone Dikemaskini ke 3.1.3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Facebook for iPhone – aplikasi iPhone untuk mengakses laman Facebook terus dari iPhone kini telah dikemaskini ke versi 3.1.3. Antara ciri-ciri yang dikemaskini adalah membolehkan anda melihat video yang dimuatnaik ke Facebook, akses album gambar yang sebelum ini hanya memberikan “error” sahaja dan membolehkan anda memuatnaik gambar berformat PNG dan bukannya memberikan skrin hitam sahaja. Ciri-ciri penuh adalah seperti berikut.

Gambar dan Video Sebenar Dari iPhone 4 [Video]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

iPhone 4 akan berada di pasaran tidak lama lagi, hanya seminggu sahaja tinggal dan anda dapat lihat iPhone Generasi terbaru, iPhone 4.

Seperti mana yang akira tunjukkan dalam entri yang lepas mengenai kualiti gambar dari iPhone 4, kali ini akira membawakan contoh gambar dan video yang diambil dalam kondisi biasa bukan dalam kondisi terkawal seperti dalam entri yang lepas.

Gambar yang tertera di bawah ini merupakan gambar yang diambil oleh orang Czech bernama jablickar. Gambar resolusi penuh iaitu 2592 x 1936 piksel boleh dilihat di laman web mereka. Begitu juga video asal H.264, 1280 x 720 HD 720P yang tidak dimuatnaik dan diproses oleh Youtube atau Vimeo.

Page 3 of 121234510...Last »